Friday, February 24, 2012

Kak Tunda Selayang

Antara berita yang paling hangat diperkatakan di facebook kebelakangan ini adalah berita tentang Kak Tunda Selayang, Jessie Ooi.

Siapakah minah ni?
Actually beliau adalah Ketua Beliawanis MCA Selangor.
Dari apa yang saya baca di laman web akhbar, kakak ni telah bertindak menegur Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng secara kasar semasa sesi soal jawab perdebatan antara Lim dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Image: beritasemasa.com
Dari apa yang saya lihat di kaca TV, amboiii akak ni menjerit-jerit sampai merah padam muka, terkeluar urat di leher.
Kakak, kalo betul nak tanya soalan, tanyalah betul betul. Bukannya orang tak dengar apa yang awak cakap pon, kan microphone dah disediakan...? Ni orang yang berdebat pun tak memaki hamun satu sama lain, spectator pulak yang memaki hamun dan menjadi terkenal.
Image: roketkini.com
Beliau mula dengan kenyataan bahawa beliau separuh rakyat Pulau Pinang (padahal tinggal di Selangor, kerja di MCA Selangor).
Beliau seterusnya menuduh Lim mengelirukan rakyat kerana 
"Cukai taksiran naik, harga barang pun naik., mana ada awak mengurangkan beban rakyat seperti yang awak katakan?" 
Image: gerakan-anti-pkr.blogspot.com
Kak, harga barang apa yang naik? Kalo harga barang contohnya harga minyak dan harga gula naik, itu hal kerajaan persekutuan, bukan hal kerajaan negeri. Lagipun, yang naik cukai taksiran tu negeri Selangor la sayang~

Beliau seterusnya memperbetulkan kata-katanya melalui media, bahawa beliau tidak menyatakan negeri mana yang telah menaikkan cukai taksiran--jadi mengapa awak tujukan soalan ini pada Lim tempoh hari? Tujulah pada Menteri Besar Selangor.

Jessie Ooi seterusnya bercerita secara panjang lebar bagaimana beliau dan suaminya melihat orang-orang Dewan Bandaraya PP menunda kereta yang dihentikan di tepi jalan di Pulau Pinang pada pukul 10:30 malam kerana pada logik beliau, kereta rakyat tidak harus ditunda kerana sudah lepas peak hour. Jadi.... kalo logik Kak Tunda adalah betul, saya patut hentikan kereta saya di depan rumah beliau di Pulau Pinang dan beliau tidak harus menunda kereta saya kerana sudah office hour. Syok? XD
Image: thenumerologyofour.blogspot.com
Berikutan perkara tersebut, beliau telah dinobatkan sebagai Kak Tunda Selayang. Dan logik-logiknya yang tidak logik telah menjadi satu trend di facebook.
Memang jemu melihat orang-orang politik bertegang leher membincangkan soal yang tidak mendatangkan faedah. Dan juga seringkali kita melihat di forum-forum atau sesi perbincangan di mana orang ramai dibenarkan menujukan soalan yang naif dan jahil.
Adakan mereka tidak memiliki otak untuk menapis soalan-soalan mereka sebelum bertanya?

Janganlah memalukan diri seperti Kak Tunda ni. Beliau kini telah menutup akaun facebook beliau kerana terasa terkilan melihat orang ramai mengkritik beliau. Kesian jugak kan? Kalo saya, malu saya. 
Kak, kalo ko terbaca ni, jangan marah saya seperti mana awak memaki Lim Guan Eng ya~ 
=P

Malcolm

1 comment:

  1. terima kasih atas article hang. barulah saat ini adik faham akan isu Kak Tunda.

    merdu dan sabar sungguh cara hang bercerita. adik pasti Kak Tunda tidak akan marah hang malah malu yang beliau yang lebih tua usianya gagal mengawal emosinya di tempat awam.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...