Sunday, March 3, 2013

Kenaifan Sultan dan Militan Sulu: Ini Bukan Zaman Menggunakan Kekerasan!

Sejak dari zaman kemerdekaan Malaysia lagi pihak Filipina telah menyasarkan negeri Sabah sebagai tanah jajahan mereka.
Dua minggu lalu kita semua dikejutkan dengan kehadiran kumpulan militan yang diketuai oleh Sultan Jamalul Kiram III di Lahad Datu, Sabah.
Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III. Image: thestar.com.my
Pihak polis telah mengadakan rundingan dengan Sultan Jamalul Kiram untuk menamatkan konfrontasi ini secara aman, tetapi sehingga kini tujuh orang ahli pasukan keselamatan telah terkorban (2 di Lahad Datu, 5 di Semporna) sementara pihak Sulu mempunyai 14 orang terkorban (12 di Lahad Datu, 2 di Semporna).
Tetapi wajarkah Sultan Sulu menuntut kembali negeri Sabah menggunakan kekerasan?
Baginda Beliau memberi alasan bahawa kerajaan Filipina enggan menuntut negeri Sabah dari Malaysia atas semangat setiakawan (adakah menjaga perasaan kawan merupakan satu kesalahan?) dan beliau terpaksa menggunakan cara sendiri untuk mendapat balik negeri di bawah bayu.
Hantar surat ke PBB please. Image: says.com
Okey, jom baca sedikit sejarah.

Negeri Sabah telah disewa kepada Syarikat Borneo Utara pada 1878 oleh Sultan Sulu pada ketika itu, dan seterusnya menjadi milik pihak British sehingga penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Selepas penubuhan Malaysia, negara kita telah menerima kritikan dari negara Filipina dan Indonesia terutamanya atas isu negeri Sabah. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan mesyuarat di Manila dengan presiden Indonesia Soekarno dan presiden Filipina Diosdado Macapagal untuk menyelesaikan isu ini. Berikutan perjumpaan ini, ketiga-tiga mereka bersetuju meminta bantuan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menangani masalah Sabah.
Image: www.123rf.com
PBB telah menghantar wakil-wakil dari Argentina, Brazil, Ceylon, Czechoslovakia, Ghana, Pakistan, Jepun dan Jordan untuk mendapatkan pendapat rakyat Sabah untuk menyertai Malaysia. Hasil laporan mereka menunjukkan bahawa majoriti rakyat Sabah menyokong penyertaan negeri Sabah dalam Malaysia.

Ini adalah ayat yang amat penting kerana ini menunjukkan bahawa rakyat Sabah sendiri tidak ingin dikuasai oleh negara Indonesia mahupun Filipina. Dan ini juga menunjukkan kedaifan Sultan Sulu sekarang kerana beliau tidak menyedari bahawa rakyat merupakan pemilik sesebuah negara, bukan raja. Tanpa rakyat, apa gunanya seorang raja? Jika rakyat tidak menyukai/mentaati perintah Sultan, maka kewujudan raja menjadi tidak bermakna.

Lagipun, ini bukan zaman main keris atau menggunakan senapang. Peperangan kini sudah tidak diterima sebagai cara menyelesaikan masalah. Jika beliau ingin menuntut Sabah, bawalah peguam dan hantar surat bantahan kepada PBB. Kerajaan Malaysia sudah cukup bertoleransi kerana memberi peluang kepada beliau untuk berbincang secara aman. Lagipun, orang Melayu memang amat mentaati Sultan/Raja--orang Melayu tidak akan menderhaka terhadap Sultan/Raja kerana dipercayai akan menerima tulah. Maka saya percaya tiada orang pun dalam pasukan keselamatan negara yang ingin membunuh Sultan, walaupun identiti Sultan Sulu ini masih dipertikaikan oleh banyak pihak.

Tambahan lagi, menurut rakan-rakan Muslim, umat Islam tidak wajar saling membunuh. Sebab itulah beliau diberi masa untuk berbincang bagi menyelesaikan isu ini secara aman. Tetapi tindakan beliau membawa militan ke Sabah menunjukkan bahawa beliau sudah memutuskan untuk menggunakan kekerasan sekiranya perlu.

Sehingga kini pihak Malaysia sudah mengeluarkan amaran kepada pihak Sultan Sulu untuk menyerah diri, dan menurut media beliau masih berkeras. Saya rasa pihak ATM harus hantar saja dua buah F-18 dan destroyer dan jatuhkan bom. Biar mereka tahu maruah dan kedaulatan negara tidak boleh dipersendakan sebegitu, dan pengorbanan ahli pasukan keselamatan tidak akan dibiarkan begitu sahaja.
Berkorban mempertahankan maruah bangsa.
Jasamu dikenang wahai parajurit negara.
Image: thecybersniper.blogspot.com

Malcolm

Pada pendapat anda, apakah yang wajar kita lakukan sekarang?

2 comments:

  1. Where and what is pbb doing anyways? ==

    ReplyDelete
  2. maybe because we're too small a country for PBB to notice the war..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...